Sunday, October 17, 2010

KARANGAN LARAS SASTERA

Hukuman merotan tidak perlu menjadi keutamaan kepada pihak sekolah mengenakan tindakan kepada pelajar yang melanggar disiplin. Pendekatan secara psikologi dan cara-cara lain juga masih sesuai untuk menangani masalah disiplin pelajar yang semakin kronik. Jelaskan pernyataan ini.

Contoh jawapan

Masalah disiplin di sekolah masa ini pada tahap yang membimbangkan. Perkembangan di sekolah memberi cabaran kepada golongan pendidik dan Kerajaan telah memberi kebenaran menjalankan hukuman merotan di samping cara-cara lain yang sesuai untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.

Hukuman merotan amat berkesan dan sesuai untuk mengurangkan amalan tingkah laku pelajar yang engkar kepada peraturan sekolah. Hukuman bentuk fizikal akan memberi kesedaran kepada pelajar dan dilaksanakan bagi menyelesaikan kes disiplin yang berat seperti bergaduh, melawan guru, ponteng sekolah dan merokok. Hukuman merotan yang dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan mampu mengurangkan kes disiplin di sekolah.

Selain hukuman merotan, pendekatan psikologi juga amat berkesan untuk mengurangkan masalah disiplin. Cara ini menggunakan kaedah nasihat kepada pelajar berkaitan perasaan dan masalah dalaman pelajar. Kebanyakan pelajar yang engkar kepada peraturan sekolah adalah pelajar bermasalah, seperti masalah diri, keluarga, pelajaran dan rakan-rakan. Guru-guru Bimbingan Kaunseling menggunakan pendekatan psikologi untuk mengetahui punca masalah dan menyelesaikan masalah secara berhemah.

Kaedah mentor-mentee juga antara langkah yang sesuai untuk mengurangkan masalah disiplin. Beberapa orang pelajar yang melakukan kesalahan akan diletakkan di bawah seorang guru. Kawalan dan nasihat oleh guru tersebut akan dapat mengurangkan tingkah laku yang bertentangan dengan peraturan sekolah. Guru akan berinteraksi dengan pelajar yang bermasalah, mendapat maklum balas daripada guru-guru lain perihal pelajar di bawah kawalannya. Di samping itu juga pelajar ini akan diberi dorongan untuk meningkatkan pencapaian dalamn akademik dan kokurikulum.

Langkah mewujudkan permaufakatan antara sekolah dan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru juga berkesan untuk mengurangkan masalah disiplin. Guru-guru dan ibu bapa dapat berkongsi maklumat dan mengetahui tingkah laku pelajar yang bermasalah semasa di rumah dan di sekolah. Kaedah harmonis ini akan memudahkan pihak sekolah menjalankan penghukuman mengikut kesalahan kepada pelajar bermasalah, dan ibu bapa menerima tindakan sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa datang ke sekolah dengan urusan rasmi atau untuk bertanya perihal anak-anak mereka di sekolah.

Masalah disiplin di sekolah perlu ditangani oleh semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru, dan jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera akan menjelaskan pembangunan negara. Golongan pelajar adalah aset negara pada masa hadapan dan mereka perlu dibimbing untuk berjaya dan berkhidmat kepada negara.

1 comment:

  1. Bally's New Orleans Casino opens on April 15th
    › ballys-new-orleans-casino › 의왕 출장샵 ballys-new-orleans-casino On March 15th, Bally's New Orleans Hotel & Casino will officially open its 전라북도 출장마사지 doors to the public 양주 출장마사지 on Thursday, April 15. 용인 출장안마 It will 문경 출장마사지 officially

    ReplyDelete