Monday, October 18, 2010

TIPS MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN

BAHAGIAN C

Tips Menjawab Soalan Kefahaman :

· Baca soalan dengan teliti, kenal pasti dengan tepat akan maksud teks dan juga kehendak soalan.

· Terdapat dua soalan iaitu soalan 5 dan soalan 6. setiap soalan dipecahkan kepada dua petikan iaitu soalan 5 petikan laras sastera dan soalan 6 petikan laras sains.

· Calon perlu memilih satu petikan daripada setiap soalan ataupun laras.

· Setiap petikan mengandungi 2 pecahan soalan iaitu (i) dan (ii).

· Pilih petikan yang benar-benar anda fahami dan pastikan anda boleh menjawab soalan yang disertakan dengan tepat.

· Soalan (i) lebih menjurus kepada persoalan yang anda dapat kesan daripada petikan secara tersurat. (secara bandingan soalan ini lebih mudah daripada soalan (ii).

· Soalan (ii) lebih mencabar kerana memerlukan pemikiran yang lebih tinggi. Calon perlu mengesan isi tersirat dalam teks dan menggunakan pengetahuan am anda untuk mengulas,menghurai, dan menjelas sesuatu yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan oleh teks ringkas yang diberikan.

· Bagi soalan (i), tiada had jumlah perkataan yang disyaratkan. Walau bagaimanapun calon dikehendaki menjawab dalam satu ayat yang padat dan tepat.

· Bagi soalan (ii) pula jawapan tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.calon mesti mematuhi arahan ini, kerana jawapan yang lebih daripada 50 patah perkataan tidak akan diperiksa.

· Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi dan 2 huaraian. Isi penting ditulis dahulu dan diikuti oleh huraian.

· Jumlah markah yang diperuntukan untuk setiap petikan ialah 10 markah.

No comments:

Post a Comment