Monday, October 18, 2010

TIPS MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN

BAHAGIAN C

Tips Menjawab Soalan Kefahaman :

· Baca soalan dengan teliti, kenal pasti dengan tepat akan maksud teks dan juga kehendak soalan.

· Terdapat dua soalan iaitu soalan 5 dan soalan 6. setiap soalan dipecahkan kepada dua petikan iaitu soalan 5 petikan laras sastera dan soalan 6 petikan laras sains.

· Calon perlu memilih satu petikan daripada setiap soalan ataupun laras.

· Setiap petikan mengandungi 2 pecahan soalan iaitu (i) dan (ii).

· Pilih petikan yang benar-benar anda fahami dan pastikan anda boleh menjawab soalan yang disertakan dengan tepat.

· Soalan (i) lebih menjurus kepada persoalan yang anda dapat kesan daripada petikan secara tersurat. (secara bandingan soalan ini lebih mudah daripada soalan (ii).

· Soalan (ii) lebih mencabar kerana memerlukan pemikiran yang lebih tinggi. Calon perlu mengesan isi tersirat dalam teks dan menggunakan pengetahuan am anda untuk mengulas,menghurai, dan menjelas sesuatu yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan oleh teks ringkas yang diberikan.

· Bagi soalan (i), tiada had jumlah perkataan yang disyaratkan. Walau bagaimanapun calon dikehendaki menjawab dalam satu ayat yang padat dan tepat.

· Bagi soalan (ii) pula jawapan tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.calon mesti mematuhi arahan ini, kerana jawapan yang lebih daripada 50 patah perkataan tidak akan diperiksa.

· Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi dan 2 huaraian. Isi penting ditulis dahulu dan diikuti oleh huraian.

· Jumlah markah yang diperuntukan untuk setiap petikan ialah 10 markah.

Contoh Jawapan Ulasan dan Kefahaman

Kefahaman dan Ulasan Teks

Isu : Sosial

”...... Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mendapati kegiatan penyeludupan berlaku disebabkan musuh dalam selimut. Jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera, sudah pasti kejadian penyeludupan tidak dapat diatasi. Pihak kastam mendapati peranan orang ramai penting dalam mengatasi kejadian penyeludupan Anggota Kastam kini mempertaruhkan nyawa untuk mengatasi kejadian penyeludupan di sempadan Utara Negara Malaysia....”

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Zulkarnain ”masalah Penyeludupan” Berita Harian, 28 Mei 2005)

i. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan penyeludupan barang?

Penyeludupan dalam negara berlaku dengan mudah kerana terdapat beberapa kakitangan kastam menjadi dalang dalam menyeludup barang.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan , nyatakan cara untuk mengatasi penyeludupan.

Penyeludupan dalam negara dapat diatasi dengan menggunakan mesin pengimbas mudah alih. Mesin merupakan mesin canggih yang dapat mengimbas semua jenis kenderaan yang digunakan untuk menyeludup. Kejujuran kastam juga dapat membantu mengurangkan penyeludupan. Pekerja yang jujur akan bertanggungjawab untuk menangkap penyeludup supaya ekonomi negara tidak terjejas.

Isu : politik

”... Malaysia dan Singapura masih mengadakan hubungan dua hala walaupun terdapat konflik yang seolah-olah tiada penghujung. Namun begitu, mesyuarat sering kali diadakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud apabila kedua-duanya bersetuju untuk membentuk platform kondusif bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara disamping dapat betukar-tukar pendapat dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Pada hari ini, mereka juga mengumumkan pembentukan Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura...”

i. pada pendapat anda, mengapakah Malaysia dan singapura mengadakan hubungan dua hala?

Malaysia dan Singapura mengadakan hubungan dua hala supaya hubungan antara kedua-dua negara ASEAN ini berkekalan serta dapat betukar-tukar pendapat dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan Nyatakan masalah yang akan timbul jika tidak ada persefahaman antara Malaysia dengan singapura?

Hubungan kedua-dua negara ini penting kerana akan timbul masalah keselamatan di antara kedua-dua negara Selata Melaka dan Laut China Selatan. Keadaan persekitaran laut yang tiada kawalan akan menggalakkan kegiatan lanun. Masalah tukaran mata wang antara kedua-dua negara juga tidak dapat dijalankan dengan baik dan ini akan menjejaskan ekonomi kedua-dua buah negara.

Isu Sosial

”... Memang menyedihkan apabila melihat kanak-kanak yang masih di peringkat sekolah rendah terlibat dalam kes juvenil seperti kjenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah ugutan. Kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja kerana banyak faktor yang mendorong mereka melakukan kegiatan tersebut. Oleh itu, langkah mengatasinya perlu diambil...”

(Sumber : Aina Khadeja, ”Juvenil Remaja”, Dewan Masyarakat, Mac 2006)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah juvenile?

Merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan kanak-kanak atau golongan remaja seperti mengugut, mencuri harta benda orang lain dan memukul.

ii. Nyatakan langkah yang sesuai untuk mengatasi jenayah juvenil.

Antara langkah yang dapat diambil ialah memberi sesi keunseling kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ini. Kaunseling dapat menyedarkan golongan tersebut bahawa hidup mereka lebih bererti. Ibi bapa juga sangat berperanan penting dengan memberi perhatian yang sewajarnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang mencukupi dapat menjauhkan mereka dari gejala tidak sihat.

Isu : sejarah

“… Mendokumentasikan Sejarah bangunan tempatan merupakan usaha untuk mengekalkan dan memartabatkan warisan budaya seni bina. Dalam Forum Seni Bina Keempat yang diadakan di Kuala lumpur, malaysia menekankan kepentingan mendokumentasikan sejarah bangunan tempatan dan membanyakkan terbitan dalam bidang tersebut...”

(Sumber : :Membukukan Sejarah Senibina Bangunan Tempatan, Zahiyah, Utusan malaysia, Ogos 2006)

i. apakah kepentingan mendokumentasikan sejarah bangunan tempatan ?

merupakan usaha untuk mengekalkan dan memartabatkan warisan budaya seni bina

ii. Jelaskan bagaimana negara kita dapat mengekalkan sejarah seni bina bangunan tempatan?

Dapat dikekalkan melalui kuatkuasa undang-undang agar bangunan lama yang mempunyai sejarah seni bina yang unik tidak dirobohkan. Melalui undang-undang ini pihak pemaju perumahan tidak akan merobohkan bangunan sewenang-wenangnya. Banyak penerbitan harus dilakukan agar sejarah seni bina dapat diketahui oleh generasi baru.

ISU : Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Sistem Pesanan Ringkas telah digunakan secara meluas di negara kita. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaannya.

IDEA

KERELEVANAN

HUJAHAN

Kebaikan

1. Menjimatkan kos

2. Merapatkan hubungan

3. Meningkatkan bahasa

4. Penyebaran maklumat tepat

1. Tidak perlu mengeluarkan kos telefon yang tinggi kerana kos SMS murah

2. Tidak perlu menghantar surat tetapi SMS digunakan dan murah

3. Tidak perlu pergi ke lokasi tetapi hanya SMS dan jimat kos

1. Kekerapan hubungan

2. Boleh menghubungi lokasi yang jauh

3. Lebih cepat dan pantas

1. Kanak-kanak suka menggunakan SMS dan mampu meningkatkan bahasa

2. Menulis SMS dianggap latihan dalam bahasa

3. Penggunaan bahasa akan ditingkatkan

1. Menggantikan maklumat lain

2. maklumat tepat disalurkan

Keburukan

1. Meningkatkan kos

2. Merenggangkan hubungan

3. Menjejaskan bahasa

4. Penyebaran fitnah

1. Remaja menyalahgunakan SMS

2. Kekerapan akan meningkatkan belanja

3. Golongan dalam percintaan sering menggunakannya

1. SMS digunakan tanpa pertemuan antara dua insan yang berjauhan

2. Keluarga tidak perlu kunjung-mengunungilagi malah hanya SMS sahaja

3. Semasa perayaan mereka tidakperlu balik kampung tetapi hanya SMS sahaja

1. Penggunaan perkataan singkat

2. Penggunaan ayat yang ringkas

3. Bahasa slanga digunakan dan menjejaskan bahasa

1. Disalahgunakan untuk fitnah

2. Penyebaran maklumat palsu

3. Mereka-reka cerita yang tidak betul

PERANAN RAKYAT DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI KEMELESETAN EKONOMI

Kadar pertumbuhan dan indeks pengeluaran negara menunjukkan bahawa ekonomi negara masih tidak menentu. Keadaan ekonomi masa ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kembali stabil.

Huraikan peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi

Pengenalan

ØEkonomi yang tidak menentu dan stabil mempengaruhi kehidupan manusia seharian

ØKeadaan ini akan mengubah struktur perbelanjaan kerajaan dan rakyat mengubahsuai corak hidup mengikut keadaan

A. Peranan kerajaan

1) Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport

· menggunakan teknologi moden menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran

· mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi

· mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia

· insentif pelaburan kepada pemodal asing

· peranan (syarikat berkaitan kerajaan) GLC dengan mengadakan kerjasama strategic dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional

2) Mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang

· mengurangkan pengambilan buruh asing

· menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar perundangan

· mengelak perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka

· tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan menggantikan dengan mata wang dinar

3) Merangka pelan jangka pendek dan panjang

· pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetitif

· dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara

· menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga barangan dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna

· memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman

4) Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan

· mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit

· kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan

· Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal maka rakyat kurang membeli barangan import

B. Peranan rakyat

5) Perbelanjaan berhemah

· merancang perbelanjaan harian secara bijaksana

· memberi keutamaan kepada yang mustahak dan elak pembaziran

6) Membeli barangan tempatan

· Mengutamakan dan membeli barangan tempatan

· Mengurangkan kadar import dan pengaliran mata wang

· Pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan akan membantu mengurangkan krisis ekonomi

7) Tidak menabung di luar negara

· Menggalakkan rakyat tempatan menyimpan dalam negara

· Menyediakan kadar keuntungan yang menarik dan selamat

· Mengenakan sekatan keluar mata wang tempatan dan menggalakkan rakyat membawa masuk wang tempatan yang dilabur di luar negara pada suatu tempoh

Kesimpulan

Ø Peranan kerajaan dan rakyat amat penting untuk menangani masalah ekonomi

Ø Kesedaran dan sikap bertanggungjawab mengatasi masalah akan memudahkan semua pihak