Monday, October 18, 2010

KEKURANGAN DOKTOR DAN MANFAAT DOKTOR ASING

Pada tahun 2003, kerajaan telah mengkaji tawaran pakej kepada doktor asing sebagai usaha untuk menampung kekurangan professional kesihatan.

Huraikan mengapakah berlaku kekurangan pegawai kesihatan di hospital kerajaan dan apakah manfaat mendapatkan khidmat doktor luar negara

Pengenalan

Ø Negara sedang mengalami masalah kekurangan doktor dan jururawat yang kritikal di hospital kerajaan

Ø Nisbah seorang doktor di Malaysia adalah 1: 2700 pesakit

Ø Untuk memenuhi keperluan negara maju, negara perlu mempunyai nisbah seorang doktor kepada 500 pesakit

A. Punca kekurangan

1) Pelajar Malaysia minat bekerja di luar negara

· Gaji lumayan, mengumpul wang dan dapat menimba kemahiran dan pengalaman sebelum pulang berkhidmat di negara sendiri

· Membuat ‘ housemanship ‘ di luar negara atau menyambung belajar ke peringkat tinggi di luar negara menjadi pilihan

2) Faktor gaji doktor kerajaan

· Doktor kerajaan mendapat gaji yang rendah berbanding swasta, doktor kerajaan akan berhenti untuk berkhidmat di hospital swasta

· Kurang menarik minat doktor, kerahan masa bekerja di hospital kerajaan tidak berpadanan dengan pendapatan

· Tidak dapat mempelbagaikan sumber pendapatan, terhad kepada merawat pesakit sahaja

3) Kesukaran mengikuti pengajian perubatan

· Memerlukan kecekalan dan disiplin belajar yang tinggi

· Syarat kemasukan dan penalti peperiksaan sangat ketat

· Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pengajian

B. Manfaat

4) Dapat menampung kekurangan doktor

· Kemasukan doktor asing dapat mengurangkan jarak nisbah seorang doktor kepada 2 700 orang pesakit

· Bilangan doktor yang mencukupi mengurangkan risiko rawatan terutama doktor pakar untuk penyakit kronik

· Memberi keyakinan kepada pesakit dan penduduk

5) Meningkat taraf kesihatan rakyat

· Rawatan dan perubatan dapat dilaksanakan dengan sempurna

· Rakyat mendapat rawatan tepat pada masa dan penyakit kronik dapat diubat dengan segera

· Doktor mengendalikan pesakit dalam bilangan yang kecil dan dapat memberi rawatan dan tumpuan yang lebih

6) Mewujudkan pengkongsian pintar

· Doktor asing dapat memberi tunjuk ajar, kemahiran dan pengalaman kepada doktor tempatan, ‘ hand-on-experiences ‘

· Kepakaran doktor asing boleh dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan

· Meneroka dimensi baru dalam bidang perubatan dan rawatan termasuk meningkatkan pengajian perubatan di universiti dan kemahiran perubatan di hospital

· Dapat mewujudkan pusat perubatan serantau kepada penduduk negara ASEAN

7) Menarik minat rakyat Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri

· Peluang bekerja dengan doktor pakar asing di negara sendiri, tidak perlu bekerja di luar negara

· Insentif yang menarik kerana pengambilan doktor asing akan meningkatkan kadar upah doktor tempatan

· Satu dorongan untuk berbakti kepada negara dan rakyat negara sendiri, semangat patriotic

Kesimpulan

Bilangan doktor yang mencukupi menjamin mutu perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan menyakinkan orang ramai, dapat menghakis tanggapan masyarakat bahawa hospital kerajaan adalah pusat perubatan kelas kedua

Sunday, October 17, 2010

KARANGAN LARAS SASTERA

Hukuman merotan tidak perlu menjadi keutamaan kepada pihak sekolah mengenakan tindakan kepada pelajar yang melanggar disiplin. Pendekatan secara psikologi dan cara-cara lain juga masih sesuai untuk menangani masalah disiplin pelajar yang semakin kronik. Jelaskan pernyataan ini.

Contoh jawapan

Masalah disiplin di sekolah masa ini pada tahap yang membimbangkan. Perkembangan di sekolah memberi cabaran kepada golongan pendidik dan Kerajaan telah memberi kebenaran menjalankan hukuman merotan di samping cara-cara lain yang sesuai untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.

Hukuman merotan amat berkesan dan sesuai untuk mengurangkan amalan tingkah laku pelajar yang engkar kepada peraturan sekolah. Hukuman bentuk fizikal akan memberi kesedaran kepada pelajar dan dilaksanakan bagi menyelesaikan kes disiplin yang berat seperti bergaduh, melawan guru, ponteng sekolah dan merokok. Hukuman merotan yang dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan mampu mengurangkan kes disiplin di sekolah.

Selain hukuman merotan, pendekatan psikologi juga amat berkesan untuk mengurangkan masalah disiplin. Cara ini menggunakan kaedah nasihat kepada pelajar berkaitan perasaan dan masalah dalaman pelajar. Kebanyakan pelajar yang engkar kepada peraturan sekolah adalah pelajar bermasalah, seperti masalah diri, keluarga, pelajaran dan rakan-rakan. Guru-guru Bimbingan Kaunseling menggunakan pendekatan psikologi untuk mengetahui punca masalah dan menyelesaikan masalah secara berhemah.

Kaedah mentor-mentee juga antara langkah yang sesuai untuk mengurangkan masalah disiplin. Beberapa orang pelajar yang melakukan kesalahan akan diletakkan di bawah seorang guru. Kawalan dan nasihat oleh guru tersebut akan dapat mengurangkan tingkah laku yang bertentangan dengan peraturan sekolah. Guru akan berinteraksi dengan pelajar yang bermasalah, mendapat maklum balas daripada guru-guru lain perihal pelajar di bawah kawalannya. Di samping itu juga pelajar ini akan diberi dorongan untuk meningkatkan pencapaian dalamn akademik dan kokurikulum.

Langkah mewujudkan permaufakatan antara sekolah dan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru juga berkesan untuk mengurangkan masalah disiplin. Guru-guru dan ibu bapa dapat berkongsi maklumat dan mengetahui tingkah laku pelajar yang bermasalah semasa di rumah dan di sekolah. Kaedah harmonis ini akan memudahkan pihak sekolah menjalankan penghukuman mengikut kesalahan kepada pelajar bermasalah, dan ibu bapa menerima tindakan sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa datang ke sekolah dengan urusan rasmi atau untuk bertanya perihal anak-anak mereka di sekolah.

Masalah disiplin di sekolah perlu ditangani oleh semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru, dan jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera akan menjelaskan pembangunan negara. Golongan pelajar adalah aset negara pada masa hadapan dan mereka perlu dibimbing untuk berjaya dan berkhidmat kepada negara.

TIPS MENGARANG BAHAGIAN A DAN B

MODUL 1 CONTOH KARANGAN LEMAH

MODUL 2 PANDUAN UMUM MENJAWAB SOALAN KARANGAN

MODUL 3 TEKNIK PEMARKAHAN

MODUL 4 TEKNIK PENYOALAN

MODUL 5 HURAIAN BERKESAN 1

MODUL 6 HURAIAN BERKESAN 2

MODUL 7 TEKNIK MENGHURAI IDEA DENGAN BERKESAN

KENEGARAAN MALAYSIA

MODUL 1

MODUL 2

MODUL 3

MODUL 4

MODUL 5