Monday, October 18, 2010

Contoh Jawapan Ulasan dan Kefahaman

Kefahaman dan Ulasan Teks

Isu : Sosial

”...... Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mendapati kegiatan penyeludupan berlaku disebabkan musuh dalam selimut. Jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera, sudah pasti kejadian penyeludupan tidak dapat diatasi. Pihak kastam mendapati peranan orang ramai penting dalam mengatasi kejadian penyeludupan Anggota Kastam kini mempertaruhkan nyawa untuk mengatasi kejadian penyeludupan di sempadan Utara Negara Malaysia....”

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Zulkarnain ”masalah Penyeludupan” Berita Harian, 28 Mei 2005)

i. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan penyeludupan barang?

Penyeludupan dalam negara berlaku dengan mudah kerana terdapat beberapa kakitangan kastam menjadi dalang dalam menyeludup barang.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan , nyatakan cara untuk mengatasi penyeludupan.

Penyeludupan dalam negara dapat diatasi dengan menggunakan mesin pengimbas mudah alih. Mesin merupakan mesin canggih yang dapat mengimbas semua jenis kenderaan yang digunakan untuk menyeludup. Kejujuran kastam juga dapat membantu mengurangkan penyeludupan. Pekerja yang jujur akan bertanggungjawab untuk menangkap penyeludup supaya ekonomi negara tidak terjejas.

Isu : politik

”... Malaysia dan Singapura masih mengadakan hubungan dua hala walaupun terdapat konflik yang seolah-olah tiada penghujung. Namun begitu, mesyuarat sering kali diadakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud apabila kedua-duanya bersetuju untuk membentuk platform kondusif bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara disamping dapat betukar-tukar pendapat dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Pada hari ini, mereka juga mengumumkan pembentukan Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura...”

i. pada pendapat anda, mengapakah Malaysia dan singapura mengadakan hubungan dua hala?

Malaysia dan Singapura mengadakan hubungan dua hala supaya hubungan antara kedua-dua negara ASEAN ini berkekalan serta dapat betukar-tukar pendapat dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan Nyatakan masalah yang akan timbul jika tidak ada persefahaman antara Malaysia dengan singapura?

Hubungan kedua-dua negara ini penting kerana akan timbul masalah keselamatan di antara kedua-dua negara Selata Melaka dan Laut China Selatan. Keadaan persekitaran laut yang tiada kawalan akan menggalakkan kegiatan lanun. Masalah tukaran mata wang antara kedua-dua negara juga tidak dapat dijalankan dengan baik dan ini akan menjejaskan ekonomi kedua-dua buah negara.

Isu Sosial

”... Memang menyedihkan apabila melihat kanak-kanak yang masih di peringkat sekolah rendah terlibat dalam kes juvenil seperti kjenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah ugutan. Kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja kerana banyak faktor yang mendorong mereka melakukan kegiatan tersebut. Oleh itu, langkah mengatasinya perlu diambil...”

(Sumber : Aina Khadeja, ”Juvenil Remaja”, Dewan Masyarakat, Mac 2006)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah juvenile?

Merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan kanak-kanak atau golongan remaja seperti mengugut, mencuri harta benda orang lain dan memukul.

ii. Nyatakan langkah yang sesuai untuk mengatasi jenayah juvenil.

Antara langkah yang dapat diambil ialah memberi sesi keunseling kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ini. Kaunseling dapat menyedarkan golongan tersebut bahawa hidup mereka lebih bererti. Ibi bapa juga sangat berperanan penting dengan memberi perhatian yang sewajarnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang mencukupi dapat menjauhkan mereka dari gejala tidak sihat.

Isu : sejarah

“… Mendokumentasikan Sejarah bangunan tempatan merupakan usaha untuk mengekalkan dan memartabatkan warisan budaya seni bina. Dalam Forum Seni Bina Keempat yang diadakan di Kuala lumpur, malaysia menekankan kepentingan mendokumentasikan sejarah bangunan tempatan dan membanyakkan terbitan dalam bidang tersebut...”

(Sumber : :Membukukan Sejarah Senibina Bangunan Tempatan, Zahiyah, Utusan malaysia, Ogos 2006)

i. apakah kepentingan mendokumentasikan sejarah bangunan tempatan ?

merupakan usaha untuk mengekalkan dan memartabatkan warisan budaya seni bina

ii. Jelaskan bagaimana negara kita dapat mengekalkan sejarah seni bina bangunan tempatan?

Dapat dikekalkan melalui kuatkuasa undang-undang agar bangunan lama yang mempunyai sejarah seni bina yang unik tidak dirobohkan. Melalui undang-undang ini pihak pemaju perumahan tidak akan merobohkan bangunan sewenang-wenangnya. Banyak penerbitan harus dilakukan agar sejarah seni bina dapat diketahui oleh generasi baru.

No comments:

Post a Comment